Notis Privasi Tambahan: COVID-19

Tarikh Terakhir Dikemaskini: 15 May 2020

  1. NOTIS PRIVASI SHOPPER THOUGHTS menjelaskan siapa kami, apa yang kami lakukan dan tentang Pemikiran Pembeli secara am. Ia juga menjelaskan bagaimana kami memindahkan data anda antara negara, bagaimana kami menyimpan data tersebut dengan selamat dan hak-hak anda berkenaan dengan data peribadi anda. Notis Privasi Tambahan ini menjelaskan bagaimana kami akan meminta, berkongsi dan menggunakan data peribadi tambahan mengenai anda sewaktu pandemik COVID-19 ini dan memberi anda maklumat lanjut selain daripada NOTIS PRIVASI SHOPPER THOUGHTS .

  2. Apakah data tambahan yang kami akan meminta pada waktu ini?
    • Kami akan meminta anda (melalui e-mel dan saluran-saluran komunikasi yang lain) untuk memberi data peribadi berkaitan dengan impak COVID-19 menerusi tinjauan, undian pantas, bilik diskusi, kumpulan fokus dalam talian dan aktiviti-aktiviti yang lain melalui laman web Pemikiran Pembeli. Selain daripada informasi yang disenaraikan dalam NOTIS PRIVASI SHOPPER THOUGHTS , kami akan bertanya tentang sikap, pendapat dan respon anda terhadap COVID-19 dan impak peristiwa yang tidak pernah wujud sebelum ini terhadap keyakinan anda terhadap ekonomi, peruncit-peruncit dan kerajaan, dan bagaimana ia telah mengubah pengalaman membeli-belah, kelakuan membeli-belah, pekerjaan, kewangan peribadi dan gaya hidup anda.

      Sebagai sebahagian daripada tinjauan-tinjauan ini, kami mungkin akan bertanya mengenai kesihatan anda. Sekiranya kami berbuat demikian, kami akan maklumkan kepada anda ketika kami mengumpul data ini dan meminta kebenaran anda supaya kami boleh memproses data tersebut.

      Sekiranya kami tidak meminta anda untuk memberi data berkaitan dengan kesihatan anda, tolong pastikan anda tidak memberikan data tersebut. Sekiranya anda telah memberi data berkaitan dengan kesihatan anda, kami akan menganggap pemberian data anda secara sukarela sebagai kebenaran anda kepada kami untuk menggunakan data tersebut bagi tujuan-tujuan yang ditetapkan dalam Notis Privasi ini.
  3. Bagaimana kami menggunakan data tambahan ini dan dasar undang-undang kami
    • Seperti yang dijelaskan dalam NOTIS PRIVASI SHOPPER THOUGHTS , kami menggunakan data yang anda beri dan data-data lain yang kami kumpulkan atauperolehi i dari pihak ketiga untuk mewujudkan “data wawasan” bagi klien-klien peruncit atau jenama kami untuk membolehkan mereka untuk memperbaiki pengalaman-pengalaman pelanggan dan membina kesetiaan dikalangan pelanggan-pelanggan mereka. Khususnya, data tambahan yang kami l kumpul sewaktu pandemik COVID-19 ini akan membantu peruncit-peruncit untuk memahami dan cuba memenuhi keperluan pembeli-pembeli pada masa ini. Pemprosesan data oleh pihak kami bagi tujuan ini adalah perlu untuk mengejar matlamat kami yang sah untuk memberikan servis-servis data wawasan kepada klien-klien kami.

      Khususnya, kami memadankan data anda daripada tinjauan berkaitan dengan pandemik COVID-19 kepada data membeli-belah anda yang dihubungkan dengan kad kesetiaan anda (seperti kelakuan membeli-belah di kedai runcit fizikal dan dalam talian kami) untuk memahami sikap-sikap konsumer terhadap COVID-19, sebagai contoh, kebimbangan anda mengenai pandemik ini dan bagaimana pandemik ini telah mengubah kelakuan membeli-belah anda atau tahap kepuasan anda dengan kedai-kedai runcit fizikal dan dalam talian.

      Kami akan menggunakan data ini untuk membantu klien-klien kami meramalkan sikap, tabiat atau pilihan anda (dan pelanggan-pelanggan lain) sementara pandemik ini berterusan. Untuk melakukan ini, kami menggunakan data sains, sebagai contoh untuk meramalkan perubahan dalam tabiat membeli-belah (e.g. peningkatan dalam membeli-belah secara dalam talian, atau pembelian makanan yang tidak mudah rosak). Kami hanya akan melaporkan informasi ini kepada klien-klien kami secara agregat (i.e. dengan cara dimana anda tidak dikenalpasti). Ini akan membantu peruncit-peruncit dan pembekal mereka untuk membuat keputusan penting mengenai cara terbaik untuk melayani anda, sebagai contoh dengan memastikan mereka boleh meramal dengan lebih tepat permintaan untuk produk-produk dan servis-servis tertentu.

      Di mana data peribadi yang kami kumpulkan adalah spesifik kepada pandemik COVID-19 ini, kami hanya akan menggunakan data peribadi tersebut bagi tujuan-tujuan yang dinyatakani dalam Notis Privasi Tambahan ini. Apabila kami meminta data peribadi yang tidak berkaitan dengan pandemik COVID-19 daripada anda, pengumpulan dan penggunaan data tersebut oleh pihak kami adalah seperti yang dinyatakan di dalam NOTIS PRIVASI SHOPPER THOUGHTS .
  4. Dengan siapa dunnhumby akan berkongsi data tambahan ini?
    • Kami mungkin akan mendedahkan data anda kepada penerima-penerima dan di dalam format-format yang dinyatakan n di dalam NOTIS PRIVASI SHOPPER THOUGHTS di bawah ‘Dengan siapakah dunnhumby berkongsi data saya?’ dan ‘Bagaimanakah dunnhumby berkongsi data saya?’
  5. Pengekalan data
    • Kami akan menyimpan data yang dikumpulkan seperti yang telah dinyatakan di atas bagi jangka masa-jangka masa yang ditetapkan di NOTIS PRIVASI SHOPPER THOUGHTS di bawah ‘Pengekalan data’.
  6. Kemaskini kepada Notis Privasi ini
    • Kami akan mengemaskini Notis Privasi Tambahan ini sementara kami terus mengumpulkan dan menyimpan data yang disebutkan di atas. Apabila kami mengemaskini Notis Privasi Tambahan ini, kami akan mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi memaklumkan anda mengikut kesesuaian, berkaitan dengan kepentingan perubahan yang kami lakukan. Anda boleh melihat tarikh terakhir Notis Privasi Tambahan ini dikemaskini di bahagian atas halaman ini.
  7. Bagaimana menghubungi kami
    • Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan berkaitan dengan penggunaan data anda oleh kami, sila hubungi Pegawai Data Peribadi kami dengan menggunakan maklumat berkenaan: individualrights@dunnhumby.com.

      Pengawal data untuk data anda ialah dunnhumby Limited. Sekiranya anda berasal dari negara-negara atau rantau tertentu seperti Eropah, anda juga mempunyai hak untuk membuat aduan atau menyuarakan kebimbangan kepada pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda. Anda juga boleh mendapatkan senarai pihak-pihak berkuasa data perlindungan Eropah di sini

back to top