Soalan kerap ditanya


Mengapakah saya dijemput untuk menyertai Shopper Thoughts? Go to top
Kami telah menjemput ramai Ahli Clubcard dan individu yang telah mendaftar di tesco.com untuk turut serta. Kami hanya memilih individu yang menyatakan bahawa mereka gembira untuk menyertai penyelidikan pasaran.
Bolehkah sesiapa sahaja menyertai Shopper Thoughts? Go to top
Kami menerima semua jenis individu di Shopper Thoughts, namun kami tidak boleh menerima individu berumur kurang daripada 18 tahun.
Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk satu tinjauan?Go to top
Kami akan memberitahu anda tempoh masa yang diperlukan untuk melakukan tinjauan supaya anda boleh memutuskan sama ada anda mempunyai masa untuk melengkapkannya. Secara umumnya, tinjauan mengambil masa antara 5 hingga 20 minit. Anda boleh memantau setakat mana anda telah melakukan tinjauan tersebut melalui bar perkembangan pada halaman tinjauan.
Berapa lamakah masa yang saya ada untuk melengkapkan tinjauan ini? Go to top
Setiap tinjauan hanya dibuka untuk tempoh masa yang singkat supaya kami boleh memberi respons pantas kepada pandangan anda. Anda dapat melihat tarikh tutup pada jemputan e-mel yang anda terima. Kami akan menghantar e-mel peringatan beberapa hari sebelum tarikh tutup supaya anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkan lebih mata ganjaran atau kemasukan ke cabutan hadiah, bergantung pada jenis tinjauan.
Berapa kerapkah saya akan menerima tinjauan? Go to top
Anda akan kerap diberikan peluang untuk menyertai tinjauan yang berkaitan dengan anda.
Adakah saya perlu menyertai semua tinjauan? Go to top
Anda bebas untuk memilih sama ada untuk menyertai sebarang tinjauan yang kami hantar.
Mengapa kadangkala saya disingkirkan daripada tinjauan setelah dijemput untuk menyertainya?Go to top
Kami sentiasa berusaha untuk menghantar tinjauan yang berkaitan dengan anda. Dalam sesetengah tinjauan, terdapat cara berbeza untuk melakukannya, dan bilangan respons yang dikehendaki untuk setiap cara. Jika anda tidak memenuhi kriteria sebarang cara tinjauan yang ada, atau jika cara yang sesuai dengan anda telah mencapai bilangan maksimum jawapan, maka anda tidak boleh melengkapkan tinjauan yang selebihnya. Biasanya, kami akan menentukan sama ada anda layak untuk tinjauan atau tidak dalam 2 hingga 4 soalan pertama.
Berapakah mata ganjaran yang akan saya terima?Go to top
Bilangan mata adalah berbeza-beza dan jumlah tersebut akan dinyatakan secara jelas sebelum anda memulakan sebarang tinjauan. Terdapat juga beberapa tinjauan ringkas yang anda tidak akan diberikan mata ganjaran. Sebaliknya, anda akan mendapat entri ke cabutan hadiah setiap suku tahunan. Setiap kali anda melengkapkan tinjauan yang menawarkan cabutan hadiah, anda akan mendapat entri ke cabutan hadiah suku tahunan yang akan datang. Hadiah-hadiah adalah di antara 10,000 hingga 50,000 mata ganjaran.
Bilakah saya akan mendapat Mata Ganjaran saya? Go to top
Anda akan menerima mata ganjaran yang diperuntukkan setiap kali anda berjaya melengkapkan tinjauan. Anda boleh menyemak baki pada papan pemuka Shopper Thoughts setelah anda log masuk dan baki anda akan dikemas kini dengan jumlah yang baru. Jika anda tidak menerima mata ganjaran dalam masa 48 jam, sila hubungi kami di
Para pemenang cabutan hadiah Go to top
Setiap bulan kami akan menyiarkan nama pertama dan rantau para johan dan naib johan bagi cabutan hadiah kami. Jika anda johan atau naib johan, anda akan diberikan pilihan supaya nama pertama dan rantau anda tidak diterbitkan melalui e-mel. Kami tidak akan menyiarkan maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda secara peribadi.
Di manakah baucar saya? Go to top
Anda akan menerima baucar dalam masa [7 hari] selepas menerima e-mel. Jika anda mendapati anda belum menerima baucar selepas tempoh masa ini, sila hubungi kami dengan mengikuti pautan 'hubungi kami' di laman web kami. Sebaik sahaja pertanyaan baucar anda dilog, seseorang akan menyiasat perkara ini.
Mengapakah anda menolak individu yang telah anda jemput untuk ambil bahagian?Go to top
Kami perlu bertanyakan soalan untuk menentukan kelayakan anda; contohnya anda perlu berumur 18 tahun ke atas dan kami perlu mendapatkan persetujuan anda terhadap terma dan syarat penyertaan. Untuk menjadi wakil kepada semua pelanggan, kami mengehadkan ahli kepada seorang seisi rumah. Jangan berkecil hati jika pada masa ini anda tidak sesuai menyertai Shopper Thoughts.
Bagaimanakah untuk memastikan saya menerima e-mel daripada Shopper Thoughts?Go to top
Sila klik di sini untuk melihat arahan mengenai cara menambah alamat e-mel Shopper Thoughts ke dalam Penghantar Selamat/senarai Kenalan e-mel pelanggan anda.
Apakah Kajian Perbelanjaan Bulanan?Go to top
Ini adalah kajian baru dari pihak Shopper Thoughts di mana ahli-ahli boleh mengemukakan resit perbelanjaan untuk memenangi mata Shopper Thoughts.
Bagaimanakah saya akan dimaklumkan apabila kajian ini sudah bermula?Go to top
Anda akan dimaklumkan melalui e-mel dan anda juga boleh memeriksa seksyen Perbelanjaan Bulanan di laman web Shopper Thoughts.
Apakah tarikh akhir penyerahan untuk resit?Go to top
Tarikh khusus akan dinyatakan dalam laman web Shopper Thoughts.
Bolehkah saya memuat-naikkan resit dari mana-mana pasaraya?Go to top
Sila ikuti peraturan berikut ketika menyertai kajian Perbelanjaan Bulanan ini:
  • Resit anda tidak lama dari 7 hari dari tarikh muat naik.
  • Saiz imej tidak boleh melebihi 10 MB dan hanya fail JPG/PDF/TIFF/PNG akan diterima
  • Sila pastikan imej yang dimuat naik adalah jelas
  • Jangan muat naik imej yang tidak lengkap atau imej yang sama
  • Hanya resit dari pasaraya berikut Tesco, Giant, Aeon, Aeon Big, 99 Speedmart, Mydin, NSK & Econsave akan diterima untuk kajian ini. Harap maklum bahawa resit dari pasaraya lain akan ditolak dan tidak akan diganjarkan.
Bilakah mata Shopper Thoughts akan dikreditkan ke akaun saya? Go to top
Mata Shopper Thoughts akan dikreditkan ke akaun anda dalam masa 7 hari perniagaan dari tarikh terakhir penyerahan.
Berapakah jumlah mata Shopper Thoughts yang akan saya peroleh untuk setiap resit?Go to top
Jumlah mata yang akan diganjarkan berdasar pada bilangan imej yang sah yang telah anda kemukakan. 200 Mata Shopper Thoughts akan diganjarkan untuk setiap resit yang telah disahkan.
Bagaimanakah saya tahu jumlah muat naik saya yang disahkan?Go to top
Selepas pengesahan telah selesai, status akan dikemas kini di bahagian muat naik di laman web.
Adakah saya akan dikenakan bayaran penggunaan oleh penyedia rangkaian mudah alih kerana menggunakan Shopper Thoughts pada peranti mudah alih? Go to top
Akses Internet diperlukan untuk mengakses Shopper Thoughts (melalui desktop atau pelayar mudah alih). Jika anda memilih untuk mengakses Shopper Thoughts melalui peranti mudah alih, caj mungkin dikenakan oleh penyedia rangkaian anda berdasarkan pakej penggunaan data peranti mudah alih anda. Untuk mengelakkan caj penggunaan data, penggunaan sambungan Wifi adalah disyorkan.
Bolehkah saya meninggalkan Shopper Thoughts pada bila-bila masa? Go to top
Anda tidak diwajibkan untuk terus berada dalam panel Shopper Thoughts jika anda tidak mahu. Setiap tinjauan yang kami hantar memberikan anda peluang untuk berhenti melanggan, atau anda boleh log masuk ke http://bm.shopperthoughts.my/ dan pergi ke 'Pilihan' dan klik pada 'Berhenti Melanggan'.
Apakah jenis keadaan yang boleh menyebabkan saya disingkir daripada Shopper Thoughts? Go to top
Sesiapa yang didapati menyalahgunakan laman web Shopper Thoughts sama ada dengan menyiarkan bahan yang tidak wajar atau menjawab tinjauan dengan salah (cth. menjawab semua soalan dengan jawapan yang sama atau memilih pilihan pertama dalam setiap soalan) tidak akan dihubungi untuk sebarang aktiviti selanjutnya..
Bagaimanakah maklumat yang saya kongsikan pada laman web Shopper Thoughts akan digunakan?Go to top
Keputusan keseluruhan yang anda dan ahli-ahli Shopper Thoughts lain kongsikan dengan kami akan digunakan oleh Tesco dan pembekal terpilih untuk membantu kami menambahbaik produk dan perkhidmatan kami. Keputusan juga boleh dikongsi dengan pembekal dan rakan kongsi terpilih yang lain, tetapi butiran peribadi anda tidak akan dikongsi dengan sesiapa di luar Kumpulan Tesco untuk tujuan pemasaran mereka.
Adakah maklumat yang saya berikan selamat? Go to top
Seperti anda, kami mengambil serius privasi anda. Tesco mematuhi sepenuhnya Akta Perlindungan Data 1998 dan tinjauan ditadbir oleh Akses Tanpa Sempadan, syarikat Persatuan Penyelidikan Pasaran yang bertauliah. Kami akan menggunakan data anda selaras dengan dasar privasi yang anda boleh dapati di
Siapakah Akses Tanpa Sempadan? Go to top
Akses Tanpa Sempadan ialah agensi penyelidikan pasaran. Mereka ialah rakan kongsi kami dalam mengoperasi laman web Shopper Thoughts dan mentadbir tinjauan bagi pihak Shopper Thoughts. Mereka merupakan Ahli Persatuan Penyelidikan Pasaran yang bertauliah.
Di manakah saya boleh membelanjakan Baucar Shopper Thoughts?Go to top
Mata ganjaran yang anda peroleh di Shopper Thoughts boleh ditukar dengan baucar yang boleh dibelanjakan di tempat-tempat berikut:
Untuk sebarang pertanyaan Go to top

sila hubungi kami melalui emel support@shopperthoughts.my