Notis Privasi Shopper Thoughts

Kemas kini terakhir: 19 JUN 2018

  1. Pengenalan
    1. dunnhumby menghormati hak privasi anda. Notis Privasi ini menerangkan peranan kami, cara kami mengumpul, berkongsi dan menggunakan maklumat tentang anda (termasuk maklumat tentang anda yang boleh mengenal pasti anda secara langsung atau tidak langsung dengan merujuk pengecam) dan cara anda boleh menggunakan hak privasi anda yang berkaitan dengan penyertaan anda dalam Komuniti Shopper Thoughts.
    2. Notis Privasi ini digunakan pada maklumat yang kami kumpulkan melalui laman web di https://shopperthoughts.my/ , https://bm.shopperthoughts.my/ aplikasi berkaitan Shopper Thoughts (termasuk aplikasi mudah alih kami) dan sumber lain seperti cabutan hadiah dan tinjauan.
    3. Jika anda mempunyai pertanyaan atau kebimbangan tentang cara kami menggunakan maklumat anda, sila hubungi kami menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di bahagian bawah Notis Privasi ini.
  2. Pautan pantas
    1. Kami mengesyorkan anda membaca seluruh Notis Privasi ini untuk memastikan anda dimaklumkan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, jika anda hanya ingin mengakses bahagian tertentu dalam Notis Privasi ini, anda boleh mengklik pautan yang berkaitan di bawah untuk melangkau ke bahagian tersebut.
  3. Apakah fungsi dunnhumby?
    1. dunnhumby ialah syarikat sains data pengguna yang beribu pejabat di U.K dan mempunyai kumpulan syarikat di seluruh dunia. Produk dan perkhidmatan kami membantu peruncit dan jenama menganalisis data untuk menambah baik pengalaman pengguna dan membina kesetiaan.
    2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang dunnhumby, sila lihat bahagian “About Us” (Perihal Kami) pada laman web kami di https://www.dunnhumby.com/about-us.
  4. Apa itu Shopper Thoughts?
    1. Shopper Thoughts ialah komuniti untuk pengguna berkongsi pengalaman dan pendapat tentang beli-belah melalui laman web kami, papan perbincangan, cabutan hadiah dan tinjauan. Ini membantu peruncit dan jenama membangunkan produk dan menambah baik pengalaman membeli-belah. Klien kami tidak akan melihat respons individu anda melainkan anda memberi kami kebenaran. Jika tidak, klien kami hanya melihat laporan teragregat tentang kumpulan pembeli. Pengguna akan memperoleh manfaat daripada penyertaan dengan mendapatkan "mata yang boleh ditebus" daripada Shopper Thoughts dan manfaat lain.
  5. Apakah maklumat yang kami kumpulkan dan apakah sebabnya?
    1. Jika anda peserta komuniti Shopper Thoughts, kami mungkin mengumpulkan maklumat tentang anda yang berikut:

      Maklumat yang anda berikan secara sukarela sebagai peserta Shopper Thoughts

    2. Jenis maklumat termasuk yang berikut:
      (a)
      Butiran hubungan – nama, alamat jalan, poskod, alamat e-mel, nama pengguna, nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit;
      (b)
      Butiran demografi – umur, jantina, tarikh lahir, foto, kawasan, pendapatan isi rumah, komposisi keluarga (iaitu bilangan dan jantina anak, jika ada);
      (c)
      Butiran tinjauan – keputusan tinjauan dalam talian yang berkaitan dengan isu seperti personaliti, nilai, sikap, minat, kesihatan dan gaya hidup (cth., pilihan diet dan senaman anda);
      (d)
      Butiran psikografi – keputusan pertanyaan sama ada anda setuju atau tidak setuju dengan pernyataan nilai atau kelakuan tertentu (cth., pemakanan yang sihat ialah sebahagian daripada kehidupan saya); dan
      (e)
      Nombor Tesco Clubcard serta butiran pembelian produk dan perkhidmatan anda yang dikaitkan pada akaun Tesco Clubcard berkenaan.
      1. Kadangkala, kami mungkin bertanya tentang kesihatan anda. Jika kami membuat pertanyaan sedemikian, kami akan memaklumi anda semasa kami mengumpulkan maklumat ini dan meminta kebenaran anda untuk kami memproses maklumat tersebut. Jika kami tidak bertanya anda tentang maklumat ini, sila pastikan anda tidak memberikan maklumat tentang kesihatan anda.
      2. Di Malaysia, kami juga akan meminta anda menyatakan kaum dan bahasa anda secara sukarela. Jangan berikan maklumat ini jika kami tidak memintanya.

        Maklumat yang kami kumpulkan secara automatik

    3. Semasa anda menggunakan laman web kami, kami tidak akan mengumpulkan maklumat tentang anda secara automatik melalui penggunaan kuki atau teknologi penjejakan yang serupa.

      Maklumat yang kami kumpulkan melalui rangkaian sosial

    4. Sebagai sebahagian daripada keupayaan untuk memberi anda pautan langsung ke Facebook, Instagram dan Twitter (dan mana-mana aplikasi perangkaian sosial lain yang mungkin kami tambahkan) melalui komuniti Shopper Thoughts, kami juga akan mengumpulkan maklumat peribadi apabila anda menyambung kepada aplikasi perangkaian sosial ini melalui laman kami untuk tujuan yang sama dan dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam bahagian “Cara kami menggunakan maklumat anda” di atas. Sila ingat bahawa tetapan privasi anda pada aplikasi rangkaian sosial mungkin menentukan maklumat yang boleh kami kumpulkan. Jika anda bimbang akan privasi anda dalam konteks mana-mana aplikasi rangkaian sosial, sila rujuk dasar privasi yang berkaitan dengan laman web tersebut yang boleh ditemui di sini:
    5. Kami mungkin mengumpulkan jenis maklumat berikut daripada aplikasi rangkaian sosial: nama anda; ID pengguna anda; alamat e-mel anda; jantina anda; hari lahir anda; bandar semasa anda; gambar profil anda; URL anda; “sukaan” anda dan sebarang kandungan yang anda siarkan melalui aplikasi perangkaian sosial.

      Maklumat yang kami peroleh daripada sumber pihak ketiga

    6. Dari semasa ke semasa, kami mungkin menerima maklumat peribadi tentang anda daripada sumber pihak ketiga yang termasuk pangkalan data awam dan pengagregat data. Sebelum mendapatkan maklumat ini, pertama sekali kami akan menyemak bahawa pihak ketiga ini telah mendapatkan kebenaran anda atau diizinkan secara sah untuk mendedahkan maklumat peribadi anda kepada kami. Contoh jenis maklumat yang kami dapatkan daripada pihak ketiga termasuk:
      (a)
      Maklumat kawasan dan demografi (termasuk tetapi tidak terhad kepada kawasan dan kelas sosial berdasarkan analisis pada gabungan data yang berkaitan dengan pendapatan isi rumah anda, tahap pendidikan tertinggi dan penyumbang pendapatan utama dalam isi rumah anda) daripada Tesco Clubcard.
      (b)
      Tabiat membeli-belah, aktiviti pengguna dalam talian, pilihan dan maklumat tentang gaya hidup anda seperti hobi dan minat anda dan maklumat yang tersedia secara umum seperti kandungan, blog dan siaran yang dijanakan oleh pengguna. Kami menerima maklumat ini daripada klien kami yang kami jalankan tinjauan bagi pihak mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada Tesco, peruncit, pelanggan media, pelanggan barangan pengguna bergerak pantas).
  6. Cara kami menggunakan maklumat anda dan dasar undang-undang pemprosesan maklumat anda
    1. Kami menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami secara sukarela:
      (a)
      untuk mendaftarkan anda sebagai peserta Shopper Thoughts dan memilih anda untuk tinjauan yang mungkin menarik minat anda;
      (b)
      untuk menghantar produk atau sampel kepada anda sebagai sebahagian daripada tinjauan Shopper Thoughts atau membantu pelanggan kami berbuat demikian;
      (c)
      untuk menganalisis keberkesanan tinjauan Shopper Thoughts;
      (d)
      untuk membalas pertanyaan atau komen anda;
      (e)
      untuk lebih memahami produk atau perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda; dan
      (f)
      untuk menjalankan cabutan hadiah atau promosi.
    2. Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan daripada rangkaian sosial agar pelanggan boleh berkongsi dan mempromosikan Shopper Thoughts di media sosial seperti Facebook dan Twitter.
    3. Kami menggunakan maklumat yang kami terima daripada pihak ketiga ini untuk menyimpan dan meningkatkan ketepatan rekod tentang anda yang kami simpan dan menambah baik pengalaman anda sebagai peserta komuniti Shopper Thoughts.
    4. Jika anda mempunyai pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut berkenaan dasar undang-undang yang kami gunakan untuk mengumpul dan menggunakan maklumat tentang anda, sila hubungi kami menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di bawah tajuk “Cara menghubungi kami” di bawah Cara menghubungi kami.
  7. dunnhumby berkongsi maklumat saya dengan siapa?
    1. Kami mungkin mendedahkan maklumat anda:
      (a)
      kepada kumpulan syarikat kami. Sebagai contoh, kami mempunyai satu sistem pengurusan akses global yang disediakan dari UK. Kami juga mempunyai berbilang pasukan pengurusan akses global dan sokongan.
      (b)
      kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang membantu kami menyediakan Shopper Thoughts, contohnya dengan mengehos, mendayakan ciri atau kefungsian tertentu termasuk penjejakan pengguna atau dengan menyediakan perkhidmatan bantuan seperti sokongan dan penyelenggaraan, teknologi keselamatan atau sokongan meja bantuan kepada pekerja dan klien kami. Pembekal perkhidmatan pihak ketiga utama yang kami gunakan untuk Shopper Thoughts adalah seperti berikut:
      (c)
      kepada badan penguatkuasaan undang-undang, peraturan, agensi kerajaan, mahkamah atau pihak ketiga yang kompeten jika kami berpendapat pendedahan tersebut diperlukan (i) berkenaan dengan undang-undang atau peraturan yang berkaitan, (ii) untuk pelaksanaan, pewujudan atau pertahanan hak kami yang sah, atau (iii) untuk melindungi kepentingan yang amat diperlukan untuk anda atau orang lain;
      (d)
      kepada bakal pembeli (serta ejen dan penasihatnya) sehubungan dengan sebarang cadangan pembelian, penggabungan atau pemerolehan mana-mana bahagian perniagaan kami, dengan syarat kami memaklumi pembeli bahawa penggunaan maklumat anda hanya untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini;
      (e)
      kepada orang lain dengan persetujuan anda bagi pendedahan berkenaan.
  8. Bagaimanakah dunnhumby melindungi keselamatan maklumat saya?
    1. Kami menggunakan langkah teknikal dan organisasi yang sewajarnya untuk melindungi maklumat tentang anda yang kami kumpul dan proses. Langkah yang kami gunakan direka untuk menyediakan tahap keselamatan yang sesuai terhadap risiko pemprosesan maklumat anda. Langkah khusus yang kami gunakan termasuk menyekat akses kepada pekerja menurut dasar perlu tahu dan menghantar data teragregat kepada pihak ketiga. Kami juga menyulitkan nama pengguna dan alamat e-mel anda semasa penghantaran.
  9. Pemindahan data antarabangsa
    1. Pelayan kami terletak di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, kumpulan syarikat, pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan rakan kongsi kami beroperasi di seluruh dunia.
    2. Hasilnya, maklumat anda mungkin akan dipindahkan dan diproses di negara selain negara yang anda menetap. Negara ini mungkin mempunyai undang-undang perlindungan data dan privasi yang berlainan dengan undang-undang negara anda, atau dalam sesetengah kes, mungkin tidak memberikan perlindungan yang setara.
    3. Walau bagaimanapun, kami telah mengambil langkah keselamatan sewajarnya yang meminta maklumat anda kekal dilindungi mengikut Notis Privasi ini. Antaranya termasuklah pelaksanaan Fasal Kontraktual Standard oleh Suruhanjaya Eropah untuk pemindahan maklumat antara kumpulan syarikat kami yang memerlukan semua kumpulan syarikat melindungi maklumat yang diproses oleh mereka dari EEA selaras dengan undang-undang perlindungan data dan privasi Kesatuan Eropah.
    4. Fasal Kontraktual Standard kami boleh diberikan apabila diminta. Kami telah melaksanakan perlindungan wajar yang serupa dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan rakan kongsi kami, butiran lanjut boleh diberikan apabila diminta.
  10. Pengekalan data
    1. Secara lalai, kami akan menyimpan data respons tinjauan untuk maksimum 10 tahun sejak dikumpulkan bagi tujuan menganalisis arah aliran pasaran.
    2. Semua data respons tinjauan yang lebih lama daripada 10 tahun akan dipadam.
    3. Semua data peribadi daripada ahli panel akan dipadamkan dalam masa 12 bulan apabila permintaan pemadaman data mereka diterima.
    4. Semua data respons tinjauan daripada ahli panel akan dipadamkan dalam masa 12 bulan apabila permintaan pemadaman data mereka diterima.
    5. Semua data peribadi daripada ahli panel akan dipadamkan dalam masa 12 bulan apabila mereka dialih keluar daripada kumpulan panel, data respons tinjauan mereka akan disimpan selama 10 tahun kemudian akan dipadamkan. Walau bagaimanapun, kami mungkin menyimpan maklumat anda untuk tempoh masa yang lebih lama jika kami mempunyai keperluan urusan berterusan yang sah untuk berbuat demikian (contohnya, untuk mematuhi keperluan cukai atau perakaunan yang sah, untuk mematuhi terma dan syarat/kewajipan klien kami, untuk mengurus perekrutan pelanggan dan untuk mengurus pilihan hubungan dengan pelanggan yang tidak lagi ingin mengambil bahagian). Sekiranya kami tiada lagi keperluan urusan berterusan yang sah untuk memproses maklumat anda, kami akan memadamkan data anda atau menyingkirkan maklumat identiti daripada data anda atau, jika ini tidak dapat dilakukan (sebagai contoh, oleh sebab maklumat anda disimpan dalam arkib sandaran), kami akan menyimpan maklumat anda dengan selamat dan mengasingkan maklumat anda daripada pemprosesan lanjut sehingga pemadaman dapat dilakukan.
  11. Perlindungan data dan hak privasi anda
    1. Anda mempunyai hak berikut:
      (a)
      Jika anda ingin mengakses, membetulkan, mengemas kini atau meminta pemadaman maklumat anda, anda boleh melakukannya pada bila-bila masa dengan menghubungi kami menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di bawah tajuk “Cara menghubungi kami” di bawah Cara menghubungi kami.. Jika atas sebarang sebab, anda tidak lagi ingin menjadi peserta Shopper Thoughts dan ingin menutup akaun anda, maka sila beritahu kami menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di bawah tajuk “Cara menghubungi kami” di bawah Cara menghubungi kami. agar kami boleh memadamkan maklumat akaun anda. Sila ambil perhatian bahawa ini tidak akan termasuk pemadaman sebarang maklumat peribadi yang anda berikan dalam respons tinjauan.
      (b)
      Selain itu, anda boleh menolak untuk memproses maklumat anda, meminta kami mengehadkan pemprosesan maklumat anda atau meminta kemudahalihan maklumat anda. Sekali lagi, anda boleh menggunakan hak ini dengan menghubungi kami menggunakan butiran hubungan yang disediakan di bawah tajuk “Cara menghubungi kami” di bawah Cara menghubungi kami.
      (c)
      Anda mempunyai hak untuk memilih keluar daripada komunikasi pemasaran yang kami hantar kepada anda pada bila-bila masa. Anda boleh menggunakan hak ini dengan mengklik pautan “nyahlanggan” dalam e-mel pemasaran yang kami hantar kepada anda.
      (d)
      Begitu juga, jika kami mengumpul dan memproses maklumat anda dengan persetujuan anda, anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa. Tindakan menarik balik persetujuan anda tidak akan menjejaskan kesahihan sebarang pemprosesan yang kami lakukan sebelum anda menarik balik persetujuan dan juga tidak akan mempengaruhi pemprosesan maklumat anda yang dijalankan menurut dasar pemprosesan yang sah di sisi undang-undang walaupun tiada persetujuan daripada anda.
      (e)
      Anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa maklumat tentang pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi pihak berkuasa tempatan anda. (Butiran hubungan pihak berkuasa di Kawasan Ekonomi Eropah, Switzerland dan sesetengah negara di luar Eropah (termasuk Amerika Syarikat dan Kanada) tersedia di sini.)
    2. Kami akan membalas semua permintaan yang kami terima daripada individu yang ingin menggunakan hak mereka selaras dengan undang-undang berkenaan.
  12. Kemas kini pada Notis Privasi ini
    1. Kami mungkin mengemas kini notis privasi ini dari semasa ke semasa menurut perubahan pada perundangan, teknikal atau pembangunan perniagaan. Apabila kami mengemas kini notis privasi kami, kami akan mengambil langkah yang bersesuaian untuk memaklumi anda, sejajar dengan kepentingan perubahan yang kami buat. Kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk sebarang perubahan bahan Notis Privasi jika dan apabila ini diperlukan oleh undang-undang perlindungan data dan privasi yang berkenaan.
    2. Anda boleh melihat tarikh Notis Privasi ini terakhir dikemas kini dengan menyemak tarikh “kemas kini terakhir” yang dipaparkan di bahagian atas Notis Privasi ini.
  13. Cara menghubungi kami
    1. Jika anda mempunyai pertanyaan atau kebimbangan tentang cara kami menggunakan maklumat anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami menggunakan butiran berikut: individualrights@dunnhumby.com Pengawal data bagi maklumat anda ialah dunnhumby (Malaysia) Sdn Bhd.
    2. Jika anda dari kawasan tertentu seperti Eropah, anda juga mempunyai hak untuk membuat aduan atau melaporkan kebimbangan kepada pihak berkuasa perlindungan data tempatan (DPA) anda. Anda boleh mendapatkan senarai DPA Eropah http://ec.europa.eu/justice/data-protection/bodies/authorities/index_en.htm.

kembali ke atas